Hari Guru 2023

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun dan, pada hari ini, saya ingin mengingatkan semua bahawa dalam kefahaman tradisional, guru tidak boleh dipisahkan daripada ilmu yang dibawanya. Saudara saya, Hasnul Jamal Saidon, menjadi teladan bagi guru dalam zaman pascha tradisi kini. Nikmatilah pendekatan dan gayanya dalam contoh dibawah ini –

Megikut peradaban tradisi ini kewajipan murid adalah membalas jasa guru dengan –

1. Memberi salam kepada guru.
2. Elakkan daripada mengabai dan membantah kata-kata guru.
3. Bercakap dengan guru menggunakan bahasa yang sopan dan indah.
4. Membuat kerja yang diberikan guru dengan bersungguh-sungguh.
5. Menziarahi guru ketika mempunyai kelapangan.
6. Mendoakan kesejahteraan guru.
7. Menghormati guru sepanjang masa.
8. Membantu guru ketika kesusahan.

8 Adab Dengan Guru yang perlu di amalkan ini dipetik, dan perkataannya diubahsuai sedikit, dari penulisan Nurhanisah Noh.

Selamat Hari Guru!

https://akumuslim.asia/adab-dengan-guru-yang-anda-perlu-tahu-dan-amalkan/