Pantun Balasan

Berpuisi Di Waktu Petang

Wahai tuan yang disanjung tinggi,

Dengan rendah diri hamba mengaku,
lembu di pandang suci oleh segolongan;
Tetapi di sini mahupun di benua sana,
tidak mungkin ia dijadikan tuhan.

Keganasan di sana memang meluas,
kerana ugama keluarnya akal;
Betulnya ada apabila tuan mengenang,
sati amalan karut yang mesti dipersoal.

Budaya kasta patut dikeji,
kerana menindas persamaan insan;
Hakikat manusia sememangnya begini,
orang di hina mengikut keturunan … mahupun pegangan.

Annai dan thambi tidak bersyukur,
hamba memohon ampun maaf;
Tapi hamba meminta izin ingin tahu,
adakah bersyukur itu kerana kesamaan taraf?

Tuan meluaskan ufuk pembacaan Islam begitu sejagat,
sambil berfatwa secara tempatan;
Saya menyeru semua yang bukan,
jaga hati si pemankin kemanusian.

Namun, tuan yang disanjung tinggi,
benarkan hamba memberi pandangan;
Lebih baik Tuan berpuisi di waktu petang,
selepas kenyang bersarapan.